fbpx

Strategi kerjasama PRN Melaka dimuktamad minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahril Suffian (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan selepas merasmikan Mesyuarat Persidangan UMNO Batu 9 Barat Kebun Bharu hari ini. ABDUL RAZAK IDRIS

KUALA LANGAT – UMNO tidak akan terburu-buru dan akan mendapatkan pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan untuk bersama parti mana dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, keputusan itu akan diketahui selepas Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) diadakan minggu depan.

“MKT akan diadakan pada masa terdekat dan akan memutuskan strategi macam mana hendak bergerak ( PRN nanti).

“Setiap pandangan akan diraikan dan kita perlu sedar bahawa Presiden parti (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) sebenarnya, setiap kali pun memberi ruang kepada pandangan-pandangan yang timbul daripada mesyuarat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persidangan UMNO Kebun Bharu Barat Batu 9 hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI