fbpx

ESERI jadi pusat sehenti produk minyak gelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafizan (dua dari kiri) menunjukkan ekstrak minyak gelam kepada Amzad (kiri) di UniSZA, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal menjadi pusat sehenti pengumpulan produk berasaskan ekstrak pokok gelam.

Pengarah ESERI, Prof. Dr. Hafizan Juhair berkata, kajian yang dilakukan sejak Oktober 2018 mendapati minyak gelam berpotensi tinggi untuk dikomersialkan dalam pembuatan produk kosmetik dan perubatan.

Sehubungan itu, ESERI bercadang untuk meningkatkan aktiviti pengeluaran dan pemasaran produk berasaskan minyak gelam tersebut.

“Aktiviti pengeluaran dan pembungkusan akan dijalankan di peringkat komuniti dengan penglibatan penduduk kampung sekali gus membantu mereka menjana pendapatan tambahan.

“Kita kemudiannya akan membeli semula produk tersebut sebelum dipasarkan dengan hasil jualan akan turut diagihkan kepada komuniti terlibat,” katanya di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI