PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat diramal akan melanda beberapa kawasan di tiga buah negeri sehingga pukul 11 pagi ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu akan melanda negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
“Bagi kawasan di negeri Perak, keadaan hujan lebat serta ribut petir dijangka akan berlaku di Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
“Sementara itu, di Selangor, membabitkan kawasan di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, dan Sepang,” katanya hari ini.
Jelasnya, cuaca tidak menentu itu juga turut akan melanda Negeri Sembilan di kawasan Port Dickson. – K! ONLINE