fbpx

Chelsea berkenduri gol di Stamford Bridge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOUNT (tengah) muncul wira Chelsea apabila meledak hatrik ketika membelasah Norwich 7-0 di Stamford Bridge sebentar tadi. - PREMIER LEAGUE

LONDON – Biarpun beraksi tanpa penyerang utama, Romelu Lukaku, namun ia tidak menghalang Chelsea untuk berpesta gol membelasah Norwich City 7-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Stamford Bridge sebentar tadi.

Kemenangan itu melebarkan penguasaan The Blues di persada liga sekali gus membuktikan status mereka sebagai pencabar utama dalam perebutan  kejuaraan EPL musim ini.

Skuad bimbingan Thomas Tuchel itu bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit kelapan menerusi Mason Mount sebelum Callum Hudson-Odoi menggandakan kedudukan berselang 10 minit kemudian.

Juara Eropah itu memastikan kedudukan selesa 3-0 sebelum tamat babak pertama menerusi gerakan cantik yang disudahkan Reece James pada minit ke-42.

Bersambung separuh masa kedua, Chelsea terus menguasai permainan dengan jaringan keempat melalui Ben Chilwell (m-57) sebelum pemain pertahanan Norwich, Max Aarons menjaringkan gol sendiri pada minit ke-62.

Malang terus menimpa Norwich apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Ben Gibson diarahkan keluar padang kerana mengutip kad kuning kedua pada minit ke-65.

Mount membuktikan kelas tersendiri apabila menambah dua lagi gol pada minit ke-85 dan 91 untuk merakam hatriknya dalam perlawanan itu sekali gus memastikan Chelsea menamatkan aksi dengan keputusan 7-0. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI