fbpx

Scha Elinnea dedah hidap masalah mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SCHA ELINNEA

PETALING JAYA – Aktres sedang meningkat naik, Scha Elinnea mendedahkan dia menghidap skizofrenia iaitu masalah kesihatan berkaitan mental.

Tanpa berselindung, Scha berkata, dia sudah lama menga­lami masalah mental, namun keadaan tersebut semakin teruk sejak akhir-akhir ini.

“Saya berjumpa doktor hampir setiap minggu selepas didiagnosis menghidap skizofrenia yang berpunca daripada masalah kebimbangan melampau (anxiety) dan kemurungan.

“Sebelum ini, memang saya mengalami masalah kesihatan mental, tetapi semakin teruk sekarang terutama semasa tinggal seorang diri,” katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Kongsi pelakon drama Sitik Tok itu, sejak menderita penyakit itu, dia mengalami masalah se­perti tangan berpeluh dan gelisah ketika berada di tempat orang ramai.

“Apabila keluar bersosial, saya mula berasa gelisah, takut dan tangan berpeluh. Apabila tinggal seorang diri pula, saya rasa seperti semua serba tidak kena. Depresi pula membuatkan saya rasa susah untuk bernafas.

“Penyakit skizofrenia ini membuatkan saya banyak berfikir dan mudah terasa hati. Lebih teruk, ada suara-suara muncul dalam kepala. Sejak itu saya mula berasa ada yang tak kena dengan diri sendiri,” ujarnya.

Scha atau nama lengkapnya, Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen memberitahu, dia sudah mendapatkan rawatan pakar sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu dan kini bergantung dengan ubat-ubatan.

Tambah Scha, dia juga perlu mengambil ubat penenang sekiranya mempunyai komitmen kerja termasuk penggambaran drama.

“Selama ini, saya merahsiakan penyakit ini dan cuba nampak kuat walaupun hakikatnya dalaman saya sedang ‘berperang’.

“Lama-kelamaan saya tidak boleh simpan lagi. Saya harus jujur dan menyatakan masalah yang dihadapi ini,” katanya.

Sebelum ini, pelakon berusia 22 tahun itu pernah berkongsi beberapa gambar di InstaStorynya ketika berkunjung ke sebuah pusat perubatan swasta bagi mendapatkan rawatan berkaitan masalah mental.

Untuk rekod, antara selebriti tanah air yang turut didiagnosis menghidap skizofrenia ialah Janna Nick.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI