fbpx

20 pasangan hubungi Ahmad Dali mahu nikah sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONGKHLA di selatan Thailand jadi pilihan pasangan untuk bernikah.

IPOH – Walaupun ada permintaan bagi pasangan dari Malaysia yang mahu bernikah di Thailand, namun ejen pernikahan di negara ini masih keberatan untuk ke sana disebabkan peraturan yang ditetapkan.

Dakwa mereka, arahan supaya rakyat negara ini perlu menjalani kuarantin selama 14 hari sekembali dari negara jiran sebagai sesuatu yang membebankan.

Ejen nikah, Ahmad Dali berkata, selain itu risiko sekiranya dijangkiti wabak Covid-19 perlu difikirkan kerana kebarangkalian untuk berlaku memang ada.

“Jika perlu jalani kuarantin, ia akan menganggu aktiviti harian saya sebagai ejen nikah.

“Saya mengenakan upah sebanyak RM300 untuk setiap pasangan bagi membantu mereka bernikah di Songkhla. Bagaimana­pun, dengan upah sebanyak itu, ia rasanya tidak berbaloi buat masa ini.

“Jika ada 10 pasangan pun yang boleh saya bawa ke sana, ia masih tidak memadai kerana selepas balik ke sini, saya perlu kuarantin 14 hari menyebabkan kerja lain tidak boleh dibuat,” ujarnya.

Ahmad Dali memberitahu, pada masa ini dia telah dihubu­ngi oleh 20 pasangan yang me­luahkan hasrat untuk bernikah di Songkhla.

Katanya, walaupun ada antara mereka yang sanggup membayar upah lebih, namun dia masih memikirkan perkara tersebut selain bimbangkan situasi pandemik yang masih belum reda.

“Sebagai alternatif, saya boleh membawa pasangan ini hingga ke pintu sempadan dan me­­­nyerahkan kepada rakan di negara jiran yang boleh dipercayai untuk membantu menguruskan proses seterusnya.

“Itupun sekiranya pasangan berkenaan setuju. Bagaimanapun, upahnya akan berganda menjadi RM600 bagi setiap pasangan tapi urusan pernikahan mereka tetap mengikut prosedur pihak berkuasa agama di Thailand,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI