fbpx

Lelaki antivaksin jual lengan palsu untuk disuntik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafar mendedahkan iklan penjualan lengan palsu yang dilihat di Facebook. - TikTok

MELBOURNE – Seorang pelawak terkenal di Australia mendedahkan bahawa dia pernah melihat seorang individu antivaksin di negara itu menjual lengan palsu di laman Facebook yang boleh digunakan ketika menghadiri temu janji suntikan vaksinasi, lapor portal berita MailOnline semalam.

Michael Shafar, berkongsi pernah terlihat iklan lengan palsu pelbagai warna kulit itu yang dijual pada harga dolar Australia 1,500 (RM4,646).

“Ternyata, ada seorang lelaki di Facebook yang menjual lengan palsu untuk digunakan ketika menerimal suntikan vaksin,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok.

Malah, iklan tersebut mendakwa bahawa lengan itu boleh dipakai bersama jaket musim sejuk untuk disembunyikan, selain dijual dalam pelbagai warna kulit.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana lengan palsu itu boleh digunakan sebagai satu bentuk helah di pusat vaksinasi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI