fbpx

Dua kluster baharu dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Hanya dua kluster baharu dikenal pasti hari ini melibatkan kluster tempat kerja dilaporkan Johor dan Sabah yang menyumbang kepada 29 kes positif Covid-19.

Kluster tersebut ialah Kluster Jalan Sentol Kluang di Kluang, Johor dengan 10 kes serta Kluster Blok 03 di Kinabatangan, Sabah dengan 19 kes dikesan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh kekal melepasi kes harian dengan 9,178 kes menjadikan pesakit sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,320,391 kes.

Menurutnya, terdapat 5,828 kes harian direkodkan termasuk tujuh daripadanya kes import dengan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 2,426,050 kes.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 97 kes (1.7 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 5,731 kes (98.3 peratus) kategori satu dan dua.

“Sebanyak 620 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 297 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI