fbpx

PERKESO bayar pampasan RM29.2j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan (kiri) bersama Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed (dua dari kiri) menyantuni lima beradik yang menjadi yatim piatu di Kota Perdana, Seri Kembangan semalam.

SERDANG – Pertubuhan Ke­selamatan Sosial (PERKESO) telah membayar pampasan lebih RM29.2 juta berkait kes pandemik Covid-19 sehingga 9 Oktober lalu kepada pencarum atau waris mereka.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, bayaran itu membabitkan sebanyak 24,000 kes Covid-19 me­libatkan pekerja tempatan dan pekerja asing.

“Bagi pekerja tempatan Faedah Hilang Upaya Sementara (RM15,061,285.08), Faedah Orang Tanggungan (RM346,923.12), Pencen Penakat (RM7,483,357.42) dan Faedah Pengurusan Mayat (RM5,105,645.99).

“Bagi pekerja asing, Faedah Hilang Upaya Sementara (RM1,210,543) dan Faedah Pe­ngurusan Mayat (RM14,300),” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bayaran faedah PERKESO kepada lima beradik yang kehilangan ibu bapa akibat jangkitan Covid-19 di sini semalam.

Turut hadir Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed; Ketua Cawangan Skuad Prihatin dan Sinergi, Ismail Abi Hashim dan Pengurus Pejabat Perkeso Putrajaya, R.Thavamani.

Bapa lima beradik berusia antara 3 hingga 11 tahun ber­kenaan, Hasil Tahal, 46, disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada 11 Ogos lalu, manakala ibu mereka, Ida Harya­nie Abdul Razak, 38, meninggal dunia akibat wabak itu pada 7 Oktober 2021.

Kanak-kanak terbabit me­nerima bayaran Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000 dan Pencen Penakat RM835.70 sebulan setiap seorang sehingga mencecah usia 21 tahun atau tamat pengajian ijazah pertama.

Dalam pada itu, Saravanan berkata, kejadian menimpa kanak-kanak terbabit sesuatu yang sangat menyedihkan dan berharap faedah PERKESO yang disalurkan kepada waris iaitu datuk mereka dapat membantu masa depan mereka.

Kata beliau, faedah yang diteri­ma kanak-kanak terbabit juga diharap dapat menyedarkan golo­ngan majikan yang engkar supaya melaksanakan tanggungjawab mencarum dengan PERKESO.

Jelas beliau, majikan tidak akan mampu untuk menanggung pekerja atau ahli keluarga pekerja mereka yang mengalami musibah untuk tempoh yang lama dan hanya PERKESO berupaya berbuat demikian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI