fbpx

8 negeri dijangka ribut petir, hujan lebat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat diramal akan melanda beberapa kawasan di lapan buah negeri sehingga pukul 10 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu akan melanda seluruh Perlis.

“Bagi kawasan di negeri Kedah pula, keadaan hujan lebat serta ribut petir dijangka akan berlaku di Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pahang melibatkan kawasan Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Di Perak, antara kawasan yang terjejas ialah di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar, manakala di Kelantan di Jeli serta Gua Musang,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku di Johor bagi kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Pontian.

“Cuaca tidak menentu itu juga turut melanda negeri Sarawak melibatkan kawasan Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu (Tatau), manakala di Sabah pula bagi kawasan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu),” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI