fbpx

Tak kejar viral, Ummi Nazeera dipuji suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Izzar tentang Ummi Nazeera yang dipuji netizen.

SEJAK kebelakangan ini, banyak pula cerita tidak enak timbul berkaitan pasangan suami isteri dalam kalangan selebriti tanah air.

Ada bercerai dan terdapat juga yang gila populariti kerana kerap timbulkan kisah panas sendiri. Sampai naik bosan netizen dibuatnya.

Mungkin terkesan dengan isu sekeliling, suami Ummi Nazeera iaitu Mohd. Izzar Anwari Abd. Khani menitipkan nasihat agar semua pihak berhati-hati dalam berbicara.

Antara pesanannya yang menarik perhatian ialah bersyukur kerana isterinya bukan seorang yang mengejar populariti dengan menularkan diri sendiri.

“Alhamdulillah isteri tersayang tak ambil kisah nak viral. Hanya fokus nak berkarya sahaja.

“Tidak kejar tanda suka dan jumlah pengikut. Barulah lakonan berkesan. Saya pun suka macam tu, baru berkat rezeki,” katanya.

Sejuk hati dengan kata-kata si suami. Untungnya Ummi ada suami begini. Harap dapat jadi contoh para suami di luar sana ya. Untungkan, kalau dapat pasangan yang saling memuji, cuma apabila saling memuji dalam media sosial tak berapa molek kalau selalu sangat.

DIVA: Masalah kesihatan mental dalam kalangan penggiat seni semakin membimbangkan. Sentiasalah bertanya khabar dan ambil berat tentang orang sekeliling.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI