fbpx

‘Biadab, inilah akibatnya jika tak hormat kerjaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISU 'jenaka rogol' yang tercetus susulan perkongsian Fauzi Nawawi tentang keseronokannya melakonkan adegan rogol mendapat perhatian hebat daripada netizen dan kebanyakan karyawan seni.

BERAPA agaknya harga yang perlu dibayar atau apa perkara yang perlu dikorbankan untuk melazimkan budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia bahawa rogol sememangnya bukan bahan jenaka?

Berbuih-buih sudah diperkatakan baik dalam kehidupan seharian atau menerusi perbincangan ruangan laman sosial berkenaan perihal ini.

Apa yang paling mengecewakan acapkali individu yang sewenang-wenangnya ‘mengundang’ kontroversi ialah golongan yang memiliki ramai pengikut atau kelompok peminat atas tiket selebriti.

Minggu ini, termometer industri seni tanah air berbahang disebabkan tindakan pelakon Fauzi Nawawi berkongsi pengalaman ‘seronok’ menjayakan adegan merogol pelakon Raja Farah dalam filem Anak Halal yang diterbitkan 14 tahun lalu.

Kontroversi tersebut tercetus dalam program bual bicara, Rumah No. 107 melibatkan aktor Khir Rahman yang turut bertindak sebagai pengacara program terbabit.

Secara kasarnya, apa yang seronok diperkatakan selebriti terbabit dalam program berkenaan adalah sangat menjijikkan.

Tidak kira sama ada seseorang itu lelaki mahupun wanita, menjaga aib masing-masing adalah satu perkara yang patut menjadi pedoman orang bertamadun.

Setiap orang memiliki sejarah lampau masing-masing. Biarpun pada waktu sekarang sudah berdiri atas status ‘individu yang baharu’, tiada alasan untuk menggembar-gemburkan perkara lama tanpa kehadiran empunya badan di tempat kejadian.

“Menjengkelkan, biadab dan mengecewakan. Ini akibatnya apabila tak hormat kerjaya, rakan sekerja dan sesama manusia.

“Saya tak faham bagaimana perkara ini dibenarkan daripada merakamkan sehingga menerbitkan program berkenaan. Tiada siapakah yang perasaan betapa teruk sewaktu proses rakaman dijalankan? Bagaimana program sebegini dibenarkan tayangan di stesen televisyen arus perdana?,” getus pelakon Sharifah Amani menerusi Twitter.

Tambah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19 itu lagi, ada ‘undang-undang’ yang perlu dipatuhi sewaktu program sedemikian menjalani proses rakaman.

“Ada terma dan syarat antara pelakon, kru dan pengarah ketika rakaman iaitu tiada siapa patut buat perkara-perkara yang mereka tidak selesa. Para pelakon tidak sepatutnya diberi tekanan untuk melakukan perkara yang tidak dipersetujui.

“Sudahlah sesetengah pihak melabel industri hiburan kita sebagai semberono. Lepas itu, ada pula yang memburukkan lagi kerjaya kita,” kata Amani lagi.

Buah fikiran yang dilontarkan pengacara Nazrudin Rahman tentang isu berkenaan juga menarik. Katanya, memang cari nahas apabila perihal ‘rape jokes’ diwar-warkan semula andai atas nama publisiti.

“Bukan klip baharu, dah lama tayang tapi sekarang baru dihebohkan? Kepada si ‘strategist’ (yang memanaskan isu) andai merasakan apa yang berlaku merupakan publisiti untuk program atau saluran berkenaan, ini memang bunuh diri (suicide) minta kena ‘cancel’.

“Bukan babak dalam filem yang dipertikai tetapi soalan rancangan bual bicara dan jawapan yang hina. Apabila tular, lagilah pemikiran begini mendapat validasi kalau tak respons.

“Kalau kita inginkan perlindungan untuk wanita dalam hidup kita, perbualan (seperti apa yang dipaparkan dalam program) tidak boleh dibiarkan menjadi kelaziman,” kata Nazrin.

Sebenarnya, memang benar, budaya membatalkan pengaruh seseorang artis atau ‘cancelling’ masih jauh untuk diamalkan dalam industri seni kita. Kalau perkara ini berlaku di Korea Selatan, memang artis yang terlibat tidak boleh cari makan sudah selepas itu. Selamat tinggal diucapkan.

Bertuahnya cari rezeki atas tiket selebriti di Malaysia. Buat satu silap, seribu kemaafan diberikan. Orang kita memang sangat pemurah dalam soal memberikan kemaafan sehingga ‘naik tocang’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI