fbpx

Agong santuni ‘reunion’ Akademi Tentera Diraja Sandhurst

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyantuni dan bertanya khabar serta mengimbau kenangan manis bersama rakan kadet yang telah menjalani latihan bersama baginda di akademi tersebut. /FOTO ISTANA NEGARA

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri majlis perjumpaan semula bersama rakan kadet Intake SMC 19 Akademi Tentera Diraja Sandhurst tahun 1978 dan 1979, di akademi tersebut semalam.

Istana Negara menerusi satu kenyataan berkata, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Komandan Akademi Tentera Diraja Sandhurst, Major Jeneral Duncan Capps dan isteri, Robyn Capps serta Penasihat Pertahanan Malaysia di United Kingdom (UK), Brigadier Jeneral Safwan Ismail.

“Menerusi majlis perjumpaan semula yang berlangsung di Indian Army Memorial Room itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan menyantuni dan bertanya khabar serta mengimbau kenangan manis dengan para rakan kadet Intake SMC 19 yang telah menjalani latihan bersama Baginda.

“Bagi kesinambungan tradisi, Baginda turut menzahirkan hasrat agar dua anakanda baginda, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah turut menjalani latihan pegawai kadet di akademi berkenaan tahun hadapan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan memberi kata-kata perangsang kepada dua Pegawai Kadet Malaysia yang sedang menjalani latihan di akademi tersebut.

“Pegawai Kadet Muhammad Yaasin Kamaruddin dan Pegawai Kadet Muhammad Haikal Mohd. Tukiman dijadualkan tamat latihan di Royal Military Academy Sandhurst pada Disember 2021 dan April 2022 kelak,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI