fbpx

[VIDEO] Ular sawa ‘gergasi’ berjaya ditangkap sebelum baham lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular sawa batik seberat 150 kg yang ditangkap oleh APM di Kampung Paya Luas dekat Seberang Temerloh, malam tadi. /FOTO ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

TEMERLOH – Seekor ular sawa batik ‘gergasi’ seberat 150 kilogram (kg) dengan panjang kira-kira tujuh meter berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Temerloh di Kampung Paya Luas dekat Seberang Temerloh di sini malam semalam.

Difahamkan ular sawa berusia antara tiga hingga empat tahun itu sedang menuju ke kandang lembu sebelum ditemui penduduk kampung di atas jalan berhampiran kandang berkenaan.

Ketua Operasi APM Temerloh, Mohd. Dzul Ain Bahirun berkata, dia bersama tiga anggota APM yang tiba dilokasi kejadian kira-kira pukul 8.15 malam mengambil masa kira-kira 20 minit menangkap ular berkenaan dengan bantuan penduduk kampung.

“Ular berkenaan bertindak agresif ketika cuba ditahan dengan menyerang anggota dan kita menggunakan alat khas untuk menangkap dengan bantuan daripada penduduk kampung yang berada di lokasi kejadian.

“Menurut penduduk, reptilia itu datang dari kawasan berpaya melintas jalan menuju ke arah kandang lembu milik penduduk kampung,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, ular sawa terbesar yang ditangkap pada tahun ini itu diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Pegawai APM Temerloh, Mohd Ikram Haron berkata, pihaknya merekodkan purata 20 tangkapan ular setiap bulan di daerah ini yang menyaksikan jumlah aduan meningkat ketika musim panas.

“Antara ular yang sering ditangkap ialah sawa, tedung hitam dan selar yang mana ular sawa yang ditangkap malam semalam merupakan yang terbesar pada tahun ini,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI