fbpx

‘Mat rempit’ kembali tunjuk belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sohaimi (kanan) bertanyakan sesuatu kepada penunggang motosikal dalam Ops Samseng Jalanan yang diadakan di sekitar Lebuh Raya Pasir Gudang, dekat sini.

PASIR GUDANG – Peralihan ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) menyaksikan sekumpulan mat rempit bersuka ria berlumba di Lebuh Raya Pasir Gudang, di sini baru-baru ini.

Keseronokan kumpulan itu tidak bertahan lama setelah lapan individu ditahan dan 118 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan polis dalam lima operasi berasingan sejak bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya turut menyita 57 motosikal dan sebuah kereta.

Katanya, operasi samseng jalanan itu dibuat hasil aduan orang ramai mengenai aktiviti mat rempit di Lebuh Raya Pasir Gudang.

“Hasil operasi pihak polis telah menangkap lapan lelaki tempatan berusia 13 hingga 26 tahun.

“Ibu bapa dinasihatkan agar mengawasi pergerakan anak-anak memandangkan kebanyakan mereka yang ditahan dalam ‘Ops Samseng Jalanan’ terdiri daripada golongan bawah umur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI