PETALING JAYA – Amaran hujan lebat dan ribut petir diramal akan melanda beberapa kawasan di enam buah negeri sehingga pukul 9 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu akan melanda seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, serta Melaka.
“Bagi kawasan di negeri Perak, keadaan hujan lebat serta ribut petir dijangka akan berlaku di Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Sementara itu, di Selangor, bagi kawasan di Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat, dan Sepang,” katanya hari ini.
Cuaca tidak menentu itu juga turut melanda negeri Johor di kawasan Tangkak dan Muar. – K! ONLINE