fbpx

Perak sedia bantu kesan dua lelaki diburu polis Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash (kiri) semasa menziarahi bekas wartawan akhbar Makkal Osai, Letchumi Rajoo (tengah) dan menyampaikan sumbangan di Ipoh hari ini.

IPOH – Polis Perak bersedia memberikan kerjasama untuk mengesan dua lelaki dipercayai terlibat dengan kes pemalsuan dokumen tukaran wang asing yang didakwa menggunakan nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Mereka yang dicari ini adalah M. Paramesvaran, 64, dan anak lelakinya, P. Kuganathan, 34. Alamat terakhir mereka adalah Nombor 16, Persiaran Jelapang 16, Taman Sibilin di sini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, bagaimana pun ketika ini tiada maklumat terbaharu yang diperolehi berkaitan kedua-dua individu tersebut.

Menurut beliau, semakan polis juga mendapati mereka tidak lagi berada di daerah ini manakala alamat tersebut merupakan tempat terakhir dua individu tersebut bermastautin.

“Kita akan bantu, sekiranya ada sebarang maklumat terbaharu berhubung kedua-dua lelaki yang kini diburu polis Johor kita akan memberikan kerjasama.

“Hingga kini tiada maklumat yang kita perolehi kerana mereka tidak lagi tinggal di sana yang merupakan alamat terakhir,” ujarnya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada bekas wartawan akhbar Makkal Osai, Letchumi Rajoo yang menghidap angin ahmar di kediaman ibu tunggal itu di Taman Desa Pengkalan di sini.

Kosmo! semalam melaporkan, polis Johor sedang mengesan kedua-dua pasangan anak beranak itu yang dipercayai masih berada dalam negara.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kedua-dua lelaki warganegara tempatan itu mendakwa mereka pernah berkhidmat di Istana Johor.

“Berhubung kes penipuan membabitkan nama Tunku Mahkota Johor, kita sudah ambil keterangan daripada tiga suspek manakala dua individu lagi masih dicari,” ujar beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI