fbpx

Bapa maut anak cedera, van bertembung pacuan empat roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu van itu disahkan meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan parah.

PAPAR – Seorang lelaki maut selepas van dipandunya bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Kampung Safoda, Jalan Papar, di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, mangsa, pemandu van, Faizal Lorong, 49, disahkan meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan parah manakala dua lagi mangsa iaitu anak lelaki pemandu van berumur 15 tahun dan pemandu Toyota Hilux yang identitinya belum diperolehi dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.43 malam.

“Ekoran laporan itu, sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota bertugas mendapati pemandu van Nissan Vanette tersepit di tempat duduk pemandu dan operasi mengeluarkan mangsa terus dijalankan namun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang turut hadir di lokasi kejadian sejurus berjaya dikeluarkan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, Jurucakap PGO JBPM Sabah, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala dua lagi mangsa diberikan rawatan oleh pasukan EMRS.

“Semua mangsa yang terselamat dihantar ke Hospital Papar dan Hospital Queen Elizabeth II untuk rawatan lanjut dan operasi tamat pada pukul 11.17 malam,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI