fbpx

Perak perkenal pakej pelancongan Islamik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Panglima Kinta di Kampung Kuchai yang berusia 123 tahun merupakan masjid tertua di Ipoh.

IPOH – Perak akan memperkasakan lagi sektor pelancongan domestiknya dengan memberi tumpuan pada pakej pelancongan Islamik termasuk memperluaskan pakej Jejak Masjid.

Ini kerana Perak antara negeri yang kaya dengan sejarah dan masjid yang menjadi entiti istimewa sesebuah daerah selain memiliki keunikan reka bentuk serta senibina.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Mohammed Radzi berkata, Masjid Panglima Bukit Gantang di sini akan dijadikan sebagai pusat maklumat dan mini galeri untuk tujuan tersebut.

Menurut beliau, selain itu beberapa buah masjid lagi akan diangkat menjadi lokasi tumpuan pelancong bagi memperluaskan lagi pakej Jejak Masjid.

“Kita juga hendak bekerjasama dengan Persatuan Pengendali Haji Umrah dan Ziarah Perak (Puhaz) untuk mengadakan pakej-pakej pelancongan domestik ini.

“Misalnya boleh dimasukkan elemen-elemen ilmiah dan insaniah pada pakej berkumpulan yang diperkenalkan selain lawatan fizikal,” ujarnya pada sidang akhbar selepas program ramah mesra bersama Puhaz di sini semalam.

Kerajaan negeri Perak sebelum ini pernah memperkenalkan Kempen Jejak Masjid Perak bagi membuka peluang pelancong, termasuk yang bukan Islam menyelami keunikan masjid di sekitar Ipoh dan Kuala Kangsar yang sebahagian besar dibina sejak abad ke-19.

Antaranya Masjid Dato Panglima Kinta dibina pada tahun 1898, Masjid India Muslim (1908), Masjid Kampung Paloh (1912), Masjid Pakistani (1930), Masjid Sultan Idris Shah II (1968), Masjid Ubudiah Kuala Kangsar (1917) dan Masjid Ihsaniah Iskandariah Kampung Kuala Dal (1938). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI