PUTRAJAYA – Sebanyak 96 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan terkini kematian di Malaysia sebanyak 28,234 kes.
Menurut data dipaparkan pada laman web CovidNow, terdapat satu kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.
“Daripada jumlah tersebut, 21 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah terkini BID di seluruh negara sebanyak 5,701 kes,” menurut maklumat pada laman web tersebut di sini hari ini.
Kesemua kes kematian dilaporkan di Sarawak (21 kes), Sabah (16), Perak (14), Kelantan (13), Selangor (12), Johor (8), Pulau Pinang (6), Pahang (2), Terengganu (2), Kedah (1) dan Perlis (1) serta tiada kematian di Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Dalam pada itu, sebanyak 89,337 kes aktif melibatkan 70,896 kes dikuarantin di rumah, 11,581 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 6,194 kes di hospital, 360 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 306 kes di ICU memerlukan bantuan pernafasan.
Berhubung kes harian semalam, sebanyak 6,210 kes disumbangkan oleh Selangor (1,027 kes), Sarawak (725 kes), Sabah (651 kes), Johor (595 kes), Kelantan (540 kes), Terengganu (485 kes), Perak (384 kes), Pulau Pinang (381 kes), Kuala Lumpur (333 kes), Kedah (319 kes) dan Pahang (294 kes).
Selain itu, Melaka (235 kes), Negeri Sembilan (167 kes), Perlis (33 kes), Putrajaya (29 kes) dan Labuan (dua kes). -K! ONLINE