PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Terengganu, Pahang dan Sawarak diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat pagi ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, ribut petir dan hujan lebat diramal berlaku di Kemaman, Terengganu serta di Kuantan dan Pekan, Pahang.
Bagi Sarawak ribut petir dan hujan lebat diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahah, Sri Aman, Betong, Sibu dan Mukah. – K! ONLINE