fbpx

Pandelela dedah pernah tegur jurulatih buat lawak lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANDALELA RINONG

RATU Terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg membuat pendedahan apabila dia pernah dibuli seorang jurulatih selepas tindakan beraninya menegur sikap individu tersebut yang membuat lawak berbaur lucah.

Jelasnya, dia tidak tahan de­ngan perkara sensitif yang dilakukannya jurulatih itu sehingga terpaksa mendiamkan diri atau pura-pura kerana bimbang dan terasa terancam.

ANTARA intipati pendedahan yang dibuat oleh Pandelela di laman Twitter miliknya semalam.

“Dahulu saya ada seorang jurulatih ini suka buat lawak lucah. Pernah sekali saya tak tahan dan tegur dia, tapi kena buli balik, tujuh tahun kemudian dia (jurulatih) buat (didakwa) kes rogol.

“Tetapi paling sedih dalam tempoh tujuh tahun itu dia buat hal setiap tahun. Kami atlet tak boleh buat apa-apa, sebab ‘backup’ besar dia adalah ketua jurulatih kami sendiri,” katanya menerusi ciapan Twitter miliknya hari ini.

Justeru, Pandelela berpendapat kisah yang boleh diambil pengajaran daripada kisah yang dialaminya itu memerlukan pemimpin terbaik yang mampu perbaiki apa yang salah dan bukannya menutup mata kepada kejahatan.

“Semua mereka yang teraniaya mesti bersuara, suara kecil ini tetap penting jika kita bersatu.

“Apa pun, kami sangat bertuah kerana dilindungi persatuan sukan kami, yang menjaga kami dengan baik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI