fbpx

Chelsea bayar harga mahal untuk menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU menerima terjahan keras sehingga mengalami kecederaan ketika Chelsea menewaskan Malmo 4-0 pada aksi Liga Juara-Juara di Stamford Bridge awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Chelsea terpaksa membayar harga mahal terhadap kemenangan 4-0 ke atas Malmo pada aksi Liga Juara-Juara di Stamford Bridge awal pagi semalam disebabkan kecede­raan dialami Romelu Lukaku dan Timo Werner.

Lukaku terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-23 kerana kece­deraan buku lali kanan, sebelum Werner menerima nasib sama selepas mengalami masalah hamstring pada hujung separuh masa pertama.

Bagaimanapun, pengurus The Blues, Thomas Tuchel tidak panik dengan situasi itu kerana beliau percaya masih ada pemain-pemain lain yang boleh menggantikan tempat dua ­penyerang utama tersebut.

“Mungkin mereka akan terlepas beberapa perlawanan. Ia sesuatu yang normal kerana kami mempunyai banyak kejohanan, jadi kami tidak boleh memberikan apa-apa alasan.

“Mereka berdua berada pada kondisi bagus tetapi pemain-pemain lain juga menanti peluang untuk buktikan keupayaan masing-masing. Sekarang adalah waktu buat mereka.

“Kami perlu berfikiran positif kerana masalah sebegini ­sering berlaku dalam bola sepak. Jadi, siapa pun yang diturunkan perlu tunjukkan impak jika mahu mendapatkan kepercayaan saya,” ­katanya.

Biarpun tanpa Lukaku dan Werner, Chelsea masih mampu meledak empat gol hasil dua sepakan penalti yang disempurnakan Jorginho dan masing-masing satu jaringan daripada Andreas Christensen serta Kai Havertz.

Dalam masa sama, Tuchel mengesahkan, pihaknya ­berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland sebaik klausa perpindahannya bernilai £64 juta (RM367.85 juta) aktif musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI