fbpx

Dunia model satukan Jung Ho-yeon, Jennie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENNIE dan Ho-yeon bersahabat kerana kerap bertemu dalam semasa pertunjukan fesyen.

TERIMA kasih atas kejayaan luar biasa yang dikecapi siri original Netflix, Squid Game kerana menjadikan model jelita yang kini bergelar pelakon, Jung Ho-yeon sebagai tumpuan dunia.

Ada dua faktor yang menyebabkan wanita itu pantas mencuri tumpuan ramai. Sebab utama sudah tentu penampilan sulungnya dalam lakonan siri fenomena tersebut.

Bagaimanapun, faktor kedua juga dilihat antara yang cukup kuat diklasifikasikan sebagai nilai tambah untuk dirinya pantas mencipta populariti. Semuanya kerana dia berkawan baik dengan penyanyi terkenal Blackpink, Jennie.

Umum tahu, kedua-dua figura popular itu mula berkawan rapat selepas bertemu dalam majlis pertunjukan fesyen di Paris.

Jennie kerap terbang ke Paris untuk menghadiri pertunjukan fesyen jenama Chanel dan dari situlah dia mula mengenali Ho-yeon.

Dalam temu bual bersama majalah Vogue, Ho-yeon mendedahkan bahawa perkenalannya dengan penyanyi popular itu berlaku kerana mereka mengenali jurugaya yang sama.

“Dari situ kami berkenalan tapi saya tak ingat macam mana awal perkenalan kami. Saya dan Jennie rapat walaupun dia muda dua tahun daripada saya dan kami bekerja dalam industri yang sama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI