fbpx

Pembawa rayu dana segera bantu pengusaha bas ekspress

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Setiausaha Agung Pembawa, Laili Ismail (kanan) dan Yang Dipertua Pembawa, Mohamad Kaharrudin Salleh (kiri) ketika bercakap pada sidang akhbar Pembawa semalam.

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) menyeru kerajaan agar meneliti permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan secara ‘one off’ bagi meringankan bebanan pengusaha bas ekspress melakukan kerja-kerja penyelenggaraan bas.

Setiausaha Agungnya, Laili Ismail berkata, ahli Pembawa menarik nafas lega susulan pengumuman kerajaan untuk membenarkan perjalanan rentas negeri pada 11 Oktober lalu namun terdapat beberapa isu yang membimbangkan pengusaha-pengusaha bas ekspres.

“Untuk memulakan operasi semula, bas yang telah lama diparkir dan tidak digunakan perlu diselenggara semula bagi memastikan bas berfungsi dengan baik sekaligus menjamin keselamatan pengguna.

“Pembawa menganggarkan para pengusaha memerlukan sekurang-kurangnya RM15,000 untuk menyelenggara sebuah bas yang dirasakan sangat tinggi memandangkan kebanyakan mereka sudah lama bertahan dalam keadaan tiada pendapatan,” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Pembawa, Mohamad Kaharrudin Salleh dan Timbalannya, Abu Hanipah Mohd. Said.

Jelas Laili, dalam menghadapi pandemik Covid-19, para pengusaha seolah-olah tiada pilihan selain terpaksa beroperasi secara minima walaupun sedar akan kerugian yang ditanggung demi meneruskan khidmat kepada yang memerlukan.

“Pihak Pembawa juga amat berbesar hati sekiranya kerajaan dapat membantu menampung sekurang-kurangnya 60 atau 70 peratus daripada jumlah yang diperlukan untuk kerja-kerja penyelenggaraan memandangkan majoriti pengusaha sudah amat terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Kami merayu agar pihak kerajaan memberi perhatian berhubung masalah yang disuarakan ini dan berharap ada bantuan segera terutamanya dalam bentuk dana kewangan bagi membuka jalan kepada pengusaha mengatur semula strategi untuk mula beroperasi,” ujar beliau. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI