fbpx

Pendakwaan boleh cabar kredibiliti Rosmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah ketika hadir di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Pernyataan Datin Seri Rosmah Mansor yang dirakam ketika siasatan kes pengubahan wang haram boleh digunakan untuk mencabar kredibiliti beliau pada perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid yang sedang didengar di Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan berpuas hati bahawa pernyataan di bawah Seksyen 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA) boleh diterima masuk di bawah Seksyen 40 akta yang sama.

Sehubungan itu, beliau membenarkan pihak pendakwaan mencabar kredibiliti isteri bekas Perdana Menteri dan prosiding dikendalikan mengikut Seksyen 145 dan Seksyen 155 Akta Keterangan 1950, bukan di bawah Seksyen 72 AMLA.

Mahkamah memutuskan demikian selepas berpendapat permohonan pihak pendakwaan tidak akan memprejudiskan tertuduh dalam perbicaraan kes rasuah yang kini di peringkat kes pembelaan.

Hakim Mohamed Zaini turut membenarkan permohonan pendakwaan untuk menyoal balas karektor Rosmah di bawah Seksyen 54 Akta Keterangan.

Pendakwaan memohon demikian atas alasan pernyataan yang dirakam berhubung kes pengubahan wang haram bercanggah dengan keterangan Rosmah dalam kes rasuah.

Bagaimanapun mahkamah tidak membenarkan soalan dikemukakan berkaitan kes AMLA kerana perbicaraan kes itu belum bermula.

Hakim Mohamed Zaini kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga 8 Disember ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI