fbpx

386 rumah di Yan terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaitun menunjukkan lumpur yang memenuhi bilik selepas rumahnya di Seberang Pekan Yan dilanda banjir kilat pada semalam.

YAN – Sebanyak 386 buah rumah di daerah ini terlibat dalam kejadian banjir kilat susulan hujan lebat lebih tiga jam pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, kebanyakan mangsa banjir didapati telah hadir di balai polis untuk membuat laporan berhubung kejadian.

Katanya, selain banjir kilat, berlaku juga kejadian tanah runtuh di Kilometer 48.4 Jalan Kuala Kedah-Bedong di Tanjung Jaga di sini.

“Laluan itu dilihat tidak selamat untuk dilalui. Oleh itu, kita mengambil keputusan untuk menutup jalan tersebut untuk kerja-kerja pembersihan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, kejadian banjir turut melibatkan beberapa kawasan di daerah Kuala Muda.

“Seramai 162 mangsa daripada 39 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kawasan rumah mereka dilanda banjir mulai malam malam semalam,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI