fbpx

JPJ Johor keluar 233 notis saman dalam Ops Caliper

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor mengeluarkan 233 notis kepada 131 buah kenderaan yang melakukan kesalahan-kesalahan dalam Ops Caliper di sekitar bandar raya ini, semalam.

Pengarah JPJ Negeri Johor, Azmil Zainal Abidin berkata, operasi tersebut dibuat setelah kadar bilangan kenderaan di jalan raya semakin meningkat setiap hari di negeri ini.

Katanya, Ops Caliper yang dijalankan bermula pukul 7.30 malam itu khusus untuk mengesan kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan masalah teknikal dilakukan pengguna jalan raya.

“Dalam Ops Caliper semalam, JPJ Johor telah menjalankan pemeriksaan ke atas 524 buah kenderaan dengan 233 notis dikeluarkan kepada 131 buah kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan yang dilakukan ialah cermin gelap, ubah suai kenderaan tanpa kebenaran, nombor pendaftaran, penggunaan lampu HID, tiada cermin sisi, tiada lesen memandu, tiada lesen memandu vokasional dan tiada perlindungan insurans,” katanya dalam kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI