fbpx

Waktu operasi perniagaan Fasa 4 tertakluk kepada PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ariffin (dua kanan) menyerahkan sijil AKHP 2020 kepada pengurusan Padini Outlet Store di Midvalley, hari ini.

KUALA LUMPUR – Waktu operasi perniagaan di ibu negara pada Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan mengikut ketetapan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Ariffin Samsudin berkata, perniagaan yang dijalankan di seluruh ibu negara tertakluk mengikut waktu yang tertera pada lesen yang telah dikeluarkan DBKL.

“Terdapat dalam kalangan peniaga yang masih keliru berkenaan masa operasi perniagaan dan bertanya kepada pihak kita (KPDNHEP) bagi mendapatkan kepastian.

“Jadi saya mahu nyatakan sekiranya lesen perniagaan yang dikeluarkan boleh beroperasi hingga pukul 12 malam, maka pemilik premis boleh mengikut waktu lesen yang telah ditetapkan,” katanya ketika program Advokasi Pengguna Bijak di Midvalley dekat sini hari ini.

Jelas beliau, keseluruhannya sebanyak 100 premis di seluruh ibu negara yang telah berjaya disenarai pendek sebagai penerima AKHP bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Program AKHP merupakan satu pengiktirafan yang dilaksanakan oleh kementerian buat peniaga dan premis perniagaan yang sentiasa memastikan kualiti, nilai dan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna memenuhi kehendak termasuk harga yang berpatutan.

“Kategori yang ditetapkan adalah melibatkan gerai makan, kedai alat tulis, kedai makan, kedai pakaian, kedai runcit, pasar mini, pasar raya dan pasar raya besar,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI