fbpx

12 didakwa langgar SOP sertai perarakan kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian tertuduh yang didakwa di Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Seramai 12 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan menyertai perarakan kematian sehingga melanggar prosedur operasi standard (SOP) minggu lalu.

Tujuh daripada tertuduh iaitu R. Kumar, 39; G. Rukumaran, 33; M. Kanes Kumaar, 28; A. Elango, 35, A. Veera Putthiran, 19; S. Muniswaran, 30 dan S. Rishantheren, 23 mengaku bersalah selepas mendengar pertuduhan dibacakan ke atas mereka.

Sementara itu, D. Stephen Dass, 35; M. Sivasangar, 49; K. Harjun, 18; Mazlan Hassan Sha, 35 dan remaja lelaki berusia 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melanggar arahan Ketua Pengarah Kesihatan dengan cara menjalankan perarakan kematian bagi tujuan keagamaan di dalam kawasan tempatan jangkitan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Besar Kerian Kedah, Sungai Jawi dalam daerah Seberang Perai Selatan kira-kira pukul 2 petang pada 13 Oktober lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Peraturan 9 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 3) 2021 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 17(1) peraturan yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aisyah Al Humayrah Kamaruzaman, manakala tujuh yang mengaku bersalah diwakili peguam, Anbananthan Yathiraju dan selebihnya tidak diwakili peguam.

Norhayati kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM3,500 terhadap tertuduh yang didapati bersalah dan jika tidak membayar akan dipenjara dua bulan.

Sementara itu, mereka yang mengaku tidak bersalah dibenar diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 24 November depan.

Remaja berusia 17 tahun dibenar diikat jamin RM1,500 dengan syarat hanya boleh dijamin oleh ibu atau bapanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI