fbpx

‘Tolong berhenti maki, caci ayah saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK perempuan Fauzi Nawawi, Hanna Faresha turut meminta maaf mewakili keluarga atas kesilapan yang dilakukan bapanya.

PETALING JAYA – Anak perempuan kepada pelakon Fauzi Nawawi, Hanna Faresha memohon netizen untuk berhenti memaki hamun dan mencaci ahli keluarga terutama bapanya.

Menerusi hantaran dalam InstaStory, Hanna yang juga pempengaruh media sosial dan model muslimah dengan rendah diri mewakili keluarga besarnya memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan bapanya itu.

Katanya, sebagai seorang wanita, dia juga semestinya tidak bersetuju dan terkesan dengan kenyataan yang dikeluarkan bapanya.

“Assalamualaikum. Saya dengan merendah hati memohon maaf atas kesilapan ayah saya. Sebagai seorang wanita, saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dan terkesan.

“Saya berharap kesilapan ini dapat dijadikan pengajaran buat kita semua terutama kepada keluarga kami,” tulisnya.

Pada hantaran sama, Hanna berkata, biarlah bapanya sendiri yang menyelesaikan isu tersebut dengan pihak yang terbabit.

“Saya tiada di tempat kejadian dan tidak terlibat secara langsung dalam hal ini. Oleh itu, biarlah beliau selesaikan hal ini dengan pihak yang terkesan.

“Buat semua, tolong hentikan mesej (DM) yang tidak sepatutnya, cacian dan makian kepada ayah saya dan ahli keluarga lain,” katanya lagi.

Terdahulu, Instagram Fauzi Nawawi dan anaknya diserang netizen selepas tular video memaparkan pelakon itu berkongsi pengalaman melakukan adegan panas dalam filem Anak Halal dengan seorang pelakon wanita, Raja Farah.

Dalam pada itu, Fauzi atau nama sebenarnya Mohd. Fauzi Mohd. Nawawi, 48, telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah video yang dimuat naik sekitar pukul 1 pagi semalam.

Menurut suami kepada pelakon Lisdawati itu, dia langsung tidak berniat untuk memalukan sesiapa dan mengaku apa yang berlaku adalah atas kesalahannya sendiri. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI