fbpx

Bekas pembantu akaun didakwa pecah amanah RM5.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang bekas pembantu akaun sebuah syarikat swasta didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tujuh pertuduhan pecah amanah lebih RM5.4 juta antara Januari 2018 sehingga Jun 2020.

Tertuduh, Emmy Marlina Ishak, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Helina Sulaiman.

Berdasarkan kesemua pertuduhan, Emmy yang bertugas sebagai pembantu akaun di syarikat pembinaan dituduh melakukan pecah amanah berjumlah RM5,414,230.51.

Dia didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di syarikat tersebut di Taman Dagang Permai, Ampang antara 2 Januari 2018 sehingga 25 Jun 2020.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun, sebat dan denda mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zafirah Syed Mustapa menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan selain syarat tambahan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis terdekat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan lebih rendah dengan alasan sudah tidak bekerja dan hanya bergantung kepada suaminya yang bertugas sebagai penguat kuasa di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Mahkamah menetapkan jaminan RM9,000 bagi kesemua pertuduhan dan membenarkan syarat tambahan pihak pendakwaan. Sebutan semula kes pada 29 November depan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI