fbpx

Dua PPS masih dibuka di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Syukri Madnor (tengah) menyantuni seorang mangsa terjejas banjir yang menghuni PPS yang dibuka di SMK Dato' Mohd Said, Nilai, Seremban, hari ini.

SEREMBAN – Hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Negeri Sembilan susulan kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di negeri ini semalam.

Bagaimanapun, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Lt. Kol. (PA) Mohd. Syukri Madnor berkata, keadaan banjir dilihat beransur surut dan pulih sepenuhnya dan dijangka dua PPS dijangka ditutup pada tengah hari ini.

“Sebanyak tiga daerah di negeri ini mengalami banjir kilat yang agak teruk iaitu di daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau pada petang semalam.

“Setakat ini, hanya dua PPS dibuka iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mohd Said, Nilai yang melibatkan sebuah keluarga seramai sembilan orang.

“Di daerah Port Dickson pula, PPS dibuka di Balai Raya Permatang Pasir, Linggi yang menempatkan penghuni Kompleks Anak Yatim Miskin & Warga Emas Darul Widad seramai 25 orang,” katanya ketika dihubungi hari ini.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI