PUTRAJAYA – Negara merekodkan 76 kes kematian Covid-19 dengan Sarawak mencatatkan angka tertinggi sebanyak 12 kes, demikian data pada laman web CovidNow.
Maklumat yang dikemas kini pukul 11.59 malam tadi memaparkan, tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.
“Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kes kematian di seluruh negara sebanyak 28,138 kes.
“Terdapat 14 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), menjadikan kes BID di seluruh negara sebanyak 5,680 kes,” menurut maklumat tersebut di sini hari ini.
Negeri-negeri lain yang mencatatkan kematian ialah Johor (11), Sabah (10), Kedah (9), Pulau Pinang (8), Selangor (6), Perak (5), Pahang (4), Terengganu (4), Kelantan (3), Melaka (2), Negeri Sembilan (1) dan Perlis (1) serta tiada kematian di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.-K! ONLINE