fbpx

Malaysia diundi jumpa Belgium di Piala Dunia Hoki Remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain skuad remaja negara sudahpun pulang ke tanah air daripada Siri Jelajah United Kingdom baru-baru ini. - Foto ihsan MHC

KUALA LUMPUR – Skuad projek khas hoki lelaki kebangsaan diundi bersama pasukan ranking pertama dunia, Belgium dalam saingan Piala Dunia Hoki Remaja 2021 di Bhubaneswar, India pada Disember depan.

Berdasarkan undian daripada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), selain Belgium, dua lagi lawan skuad kebangsaan dalam saingan Kumpulan A nanti ialah Afrika Selatan dan wakil dari benua Amerika Selatan, Chile.

Ini adalah kali kedua berturut-turut skuad remaja negara berdepan Belgium dalam satu peringkat kumpulan yang sama selepas edisi Piala Dunia Hoki Remaja 2016 di Lucknow, India.

Ketika itu, Malaysia tewas 0-3 kepada Belgium yang akhirnya menamatkan kejohanan tersebut sebagai naib juara.

Bagaimanapun, skuad negara bimbingan Wallace Tan tetap dilihat mempunyai peluang untuk mara ke pusingan seterusnya sebagai dua pasukan terbaik Kumpulan A bersama Belgium berbanding Afrika Selatan dan Chile.

Sebagai rekod, saingan Piala Dunia Hoki Remaja 2021 dijadualkan berlangsung dari 24 November hingga 5 Disember depan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI