PUTRAJAYA – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan takziah buat keluarga anggota Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah, Mohd. Diya Che Jusoh yang kembali ke Rahmatullah di Hospital Besar Melaka awal pagi tadi.
Katanya, beliau berasa berat hati apabila dimaklumkan berita sedih berkenaan kira-kira pukul 3.11 pagi tadi.
“Jenazah kini masih berada di Hospital Besar Melaka. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat. Jasa, bakti dan pengorbanan yang tidak terbalas.
“Semoga Allah Taala mengurniakan ganjaran sebaiknya dan mengangkat darjat Allahyarham bersama orang-orang soleh. Al-Fatihah,” ujarnya menerusi satu entri di laman Facebook hari ini.-K! ONLINE