fbpx

Individu berusia awal 30-an bakal hadapi masalah tulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Fonterra Brands Malaysia (Fonterra) melalui jenama popularnya, Anlene melancarkan kempen pendidikan sempena Hari Osteoporosis Sedunia 2021, yang jatuh pada 20 Oktober setiap tahun.

Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik Pematuhan, Fonterra, Megawati Suzari berkata, melalui kempen tersebut, pihaknya mahu mengetengahkan mengenai kesihatan tulang dan risiko tulang menjadi semakin lemah bagi individu yang berusia awal usia 30-an.

Menurut beliau, bagi melam­batkan proses tersebut, masyarakat perlu melakukan intervensi gaya hidup agar tulang dapat memberi sokongan kepada gaya hidup yang aktif beserta pergerakan yang baik sehingga mencapai ke usia emas.

“Orang dewasa boleh menjaga kesihatan tulang mereka dengan melakukan senaman berkala untuk membina otot dan mengekalkan tulang yang kuat.

“Mereka juga digalakkan untuk mengamalkan diet seimbang yang mengandungi zat-zat pen­ting seperti kalsium, vitamin D dan protein,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Megawati me­nerangkan, satu tinjauan yang dijalankan Fonterra kepada kumpulan rakyat berumur 40 hingga 59 tahun mendapati bahawa 95 peratus daripada ­responden berasa bimbang terhadap kesihatan tulang mereka.

Kajian yang melibatkan kira-kira 320 responden itu juga mendapati bahawa terdapat jurang dalam kalangan rakyat mengenai kesihatan tulang.

“Ini terutamanya berkaitan dengan penjagaan tulang dan persoalan mengenai mereka memberi perhatian yang mencukupi untuk menyokong tulang, yang berfungsi bersama dengan sendi dan otot untuk membantu kita bergerak dan menjalani kehidupan seharian,” jelasnya.

Tinjauan itu turut mendapati bahawa 30 peratus responden tidak tahu berapa banyak kalsium dan vitamin D yang harus diambil setiap hari dan hanya 30 peratus responden minum susu setiap hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI