fbpx

Cemburu buta bertukar tragedi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pertengkaran akibat cemburu buta bertukar tragedi selepas seorang wanita menikam mati suaminya menggunakan besi pemegang payung di rumah mereka di Kampung Laksamana, Batu Caves di sini semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku pada pukul 11.30 malam selepas suami suspek yang berusia 45 tahun menuduhnya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada jiran pasangan terbabit pada pukul 12.35 tengah malam.

“Siasatan mendapati, dalam pertengkaran tersebut, lelaki berkenaan telah mengambil sebilah gunting cuba menyerang isterinya dan menyebabkan wanita berkenaan bertindak balas dengan mematahkan besi pemegang payung.

“Wanita berkenaan kemudiannya telah menikam suaminya di bahagian bawah perut dan menyebabkan lelaki terbabit terus rebah di atas tilam dalam keadaan berlumuran darah sebelum meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, polis juga telah berjaya menemui senjata yang digunakan suspek untuk menikam suaminya di bahagian belakang rumah pasangan tersebut.

“Motif kejadian kerana cemburu. Wanita berusia 26 tahun itu telah ditahan dan direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

“Bedah siasat akan dijalankan esok di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur selepas laporan ujian Covid-19 diperoleh,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI