JAKARTA – Sebuah video yang memaparkan aksi seorang pengantin perempuan yang memeluk lelaki lain ketika sedang bersanding menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com semalam.
Dalam video itu juga, pengantin lelaki dilihat hanya berdiri kaku dan melihat tindakan isterinya itu.
Menerusi rakaman video yang tular di akaun TikTok itu, pengantin perempuan dilihat memeluk erat seorang lelaki yang memakai sehelai baju kemeja bercorak batik sambil menangis.
Netizen yang menonton video itu kemudiannya meninggalkan pelbagai reaksi menerusi ruang komen.
“Mungkin itu abang kesayangannya,” tulis seorang netizen.
“Pengantin lelakinya kelihatan seperti keliru,” tulis seorang netizen lain. – AGENSI