fbpx

J&J jual vaksin Covid-19 bernilai lebih RM2 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bebuli vaksin Covid-19 Johnson & Johnson yang dirakam di klinik vaksinasi Jabatan Bomba Culver City, California 5 Ogos lalu. - AFP

NEW BRUNSWICK, NEW JERSEY – Syarikat gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat, Johnson & Johnson (J&J) kelmarin memaklumkan telah mencatat jualan vaksin Covid-19 bernilai lebih AS$500 juta (RM2.07 bilion) dalam suku ketiga tahun lalu, melebihi sasaran kebanyakan pakar, lapor agensi berita United Press International semalam. 

Syarikat itu melaporkan jumlah keseluruhan jualan sebanyak AS$23.3 bilion (RM96.8 bilion) dan pendapatan bersih berjumlah A$3.66 bilion (RM14.96 bilion).

Kira-kira AS$502 juta (RM2.08 bilion) daripada jumlah itu diperoleh melalui jualan vaksin koronavirus.

Perniagaan farmaseutikal syarikat yang menghasilkan vaksin dos tunggal itu mencatat peningkatan sebanyak 14 peratus sepanjang suku ketiga 2020.

J&J juga berkata, jualan bagi bahagian kesihatan pengguna syarikat itu meningkat sebanyak 5.7 peratus, manakala penjualan bagi alat kesihatan pula meningkat  7.6 peratus.

Minggu lalu, jawatankuasa Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) menyarankan pengambilan vaksin dos penggalak kepada semua individu dewasa yang sudah mendapatkan vaksin syarikat tersebut.

Ini sebahagiannya kerana data menunjukkan ia tidak memberikan perlindungan seperti yang diperoleh daripada vaksin dua dos Pfizer dan Moderna. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI