fbpx

Burukkan bekas kekasih, netizen marahkan tunang Yonnyboii

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIARPUN sudah mengikat tali pertunangan dengan Yonnyboii, namun kisah lama antara Nik Nazira dengan bekas kekasihnya masih menjadi bualan selepas dia dikatakan sengaja memburuk-burukkan lelaki itu.

BIARPUN sudah hampir dua minggu bertunang, nama Yonnyboii dan tunangnya, Nik Nazira masih hangat diperkatakan dalam media sosial.

Bukan Yonny yang dikecam tetapi Nik Nazira. Semuanya gara-gara jawapannya mengenai Yonny yang didakwa merampas dirinya daripada Imran Aqil dalam satu temu bual bersama sebuah rancangan televisyen baru-baru ini.

Kata netizen, jawapan yang diberikan Nik Nazira mengenai status hubungannya dengan Imran kedengaran tidak matang dan mengapa perlu memburuk-burukkan nama penyampai radio Hot FM itu.

“Walaupun Imran atau dia bersalah, tidak perlulah burukkan nama orang lain.

“Seburuk mana pun Imran, dia pernah bahagiakan kau,” ciap seorang pengguna Twitter.

Alahai ingatkan sudah selesai, tetapi semakin meleret-leret pula sehingga ke hari ini.

Rasa-rasanya, lebih baik kita semua beri mereka ruang untuk ‘move on’ daripada kisah silam masing-masing.

Jangan keruhkan lagi keadaan ya semua, biarkan mereka bahagia.

MIZZ LAHAR: Ada yang cakap Sang Bara dalam Maharaja Lawak Mega 2021 ialah Datuk Ramli MS. Katanya sebab bahasa dan komen memang kedengaran sangat mirip seperti yang sering diucapkan Ramli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI