fbpx

Lindelof muncul wira tangkap peragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LINDELOF (depan) akan kembali menyertai sesi latihan United menjelang aksi pertama musim baharu EPL bertemu Crystal Palace bulan depan. – AFP

STOCKHOLM – Tonggak pertahanan Manchester United, Victor Lindelof diangkat sebagai wira selepas mempamerkan keberanian dengan bertindak pantas menangkap peragut beg ta­ngan di Stockholm, Sweden awal pagi semalam.

Lindelof, 26 , ketika itu sedang bercuti dengan isteri, Maja dan anak lelakinya sebelum melihat insiden mencurigakan yang menyaksikan seorang pemuda telah meragut beg tangan seorang warga emas di tepi jalan.

Polis dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan dan mendapati seorang suspek berusia dalam lingkungan 30-an sedang menunggang basikal sebelum cuba meragut beg tangan milik warga emas tersebut.

Menurut seorang saksi insiden itu, Lindelof mengejar dan mengangkat peragut tersebut sebelum pihak polis tiba kira-kira lima minit kemudian di tempat kejadian.

“Seorang lelaki yang berada di sekitar mangsa telah mengejar suspek dan berjaya menangkap­nya sebelum diserahkan kepada pihak polis di lokasi kejadian.

“Pihak polis ingin mengucapkan terima kasih kepada saksi yang bertindak pantas membantu memerangi jenayah,” kata polis dalam satu kenyataan awal pagi semalam.

Lindelof dan barisan pemain United diberikan cuti rehat yang lebih lama sebelum kembali menyertai sesi latihan pasukan.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu akan memulakan saingan baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan de­ngan menentang Crystal Palace di Selhurst Park pada 19 September ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI