fbpx

‘Ditipu’ Janna Nick, air mata jantan Dini tumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video sambutan ulang tahun kelahiran Dini yang dimuatnaik Janna dalam Instagramnya.

PETALING JAYA – Air mata jantan pelakon Dini Shatzmann tumpah saat terkena prank (usikan) oleh kekasihnya sendiri yang juga pelakon Janna Nick sempena hari jadinya yang ke-27 tahun baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik Janna dalam Instagram miliknya, pemilik nama lengkap Dini Azan Schatzmann itu telah diberi hadiah berupa sebuah kamera berspefikasi rendah oleh teman wanitanya.

Walaupun hadiah tersebut diterima dengan hati terbuka oleh lelaki berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu, Janna sebenarnya tahu Dini terpaksa berpura-pura gembira menerima kamera dengan spefikasi rendah yang dihadiahkan kepadanya.

Dalam video tersebut, Dini menunjukkan reaksi gembira dan teruja apabila diberikan hadiah sebuah kamera dan mengucapkan terima kasih kepada Janna dengan raut wajah ‘berpura-pura’.

“Wow kamera. Saya dapat kamera baharu yang kecil. Senang untuk dibawa. Terima kasih sayang,” ujar Dini sambil tersenyum ‘palsu’.

Bagaimanapun pelakon yang pernah membintangi drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek itu akhirnya menangis kerana terharu apabila diberitahu bahawa kamera ‘murah’ itu bukanlah hadiah sebenar untuknya, sebaliknya dia telah dibelikan sebuah kamera berspefikasi tinggi daripada jenama Sony bernilai RM23,133.

Bukan itu sahaja, Janna turut menunjukkan sekeping resit apabila memberitahu dia turut membelikan sebuah lensa bernilai RM3,499 yang telah ditempah menjadikan hadiah keseluruhan yang diberikan kepada teman lelakinya itu bernilai lebih RM26,000.

“Prank him on his birthday! (kejutan untuknya sempena hari jadi). Saya memang tak reti beli barang-barang gajet. Kalau kamera atau telefon memang Dini yang akan buat penilaian dan beli.

“Jadi hari jadi dia, saya beli kamera low spec (spefikasi rendah) untuk beri kejutan kepadanya. Dia tahu kamera itu spefikasi rendah tapi dia terpaksa berpura-pura suka sebab saya dah beli,” tulis Janna.

Menjengah dalam ruangan komen, video usikan Janna terhadap Dini turut mendapat perhatian dalam kalangan rakan-rakan artis apabila mereka turut terhibur melihat aksi kedua-dua pasangan kekasih itu.

“Manjanya. Sayang kamu berdua,” kata pelakon Emma Maembong.

“Comel sangat!” ujar penyanyi Ernie Zakri.

Sekadar info, Hubungan Dini dan aktres itu bukan lagi rahsia selepas masing-masing memaklumkan mula serius menjalin cinta pada pertengahan 2019.

Terdahulu, Dini membuat kejutan pada ulang tahun ke-26 Janna dengan menghadiahkan sebuah motosikal jenis skuter pada Jun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI