fbpx

Perhilitan jejak Pak Belang di Hutan Simpan Lenggor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video memaparkan seekor harimau belang muncul dipercayai dirakam di Hutang Simpan Lenggor, Kluang, Johor.

KLUANG – Pasukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor masih berusaha menjejaki harimau belang yang didakwa muncul di Hutan Simpan Lenggor di sini.

Pengarah Perhilitan Johor, Aminudin Jamin berkata, pihaknya juga sudah memasang perangkap kamera bagi mempermudahkan usaha berkenaan.

“Kita sedang memantau kawasan berkenaan dan dalam masa yang sama kita juga ada pasang perangkap kamera,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai dua rakaman video menunjukkan gelagat beberapa individu yang terserempak dengan haiwan pemangsa berkenaan.

Berdasarkan rakaman itu individu yang berada di dalam kenderaan berada hampir dengan harimau berkenaan mendakwa harimau itu seolah-olah bersedia mahu menyerang mereka yang berada di dalam kenderaan.

Individu berkenaan juga sengaja membunyikan hon kenderaan yang mendapat reaksi bercampur orang ramai yang mendakwa tindakan itu boleh mengungdang padah.

Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim yang dihubungi mengesahkan menerima maklumat berhubung kemunculan harimau belang itu.

Beliau berkata, petugas Perhilitan sudah dihantar ke Hutan Simpan Lenggor bagi memantau kehadiran haiwan dilindungi itu.

“Saya memohon orang awam yang terserempak haiwan liar supaya segera menyalurkan maklumat ke pejabat Perhilitan berhampiran supaya tindakan lanjut boleh diambil.

“Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Siasatan masih dilakukan berhubung punca harimau belang itu menonjolkan diri,” katanya ketika dihubungi wartawan.

Beliau berkata, Perhilitan tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang didapati berburu atau memasang perangkap haiwan liar sama ada di hutan itu atau kawasan lain.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI