fbpx

Normalisasikan keganasan seksual, betapa salahnya hal ini – Lisa Surihani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA SURIHANI

PETALING JAYA – Pelakon popular Lisa Surihani menggesa semua pihak agar memandang serius isu rogol yang semakin meruncing dalam kalangan masyarakat hari ini.

Meskipun tidak menyatakan punca, difahamkan pendapat yang diutarakan pemilik nama penuh Lisa Surihani Mohamed itu adalah berkaitan isu perbualan babak rogol oleh sekumpulan selebriti lelaki dalam sebuah program televisyen yang tular sejak malam tadi.

“Kita perlu sedar tentang isu ini secara serius.

“Membenarkan babak rogol dipaparkan telah melanggar garisan dan semua itu semata-mata ingin mengejar populariti sekali gus menormalisasikan keganasan seksual terhadap golongan wanita,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory hari ini.

Tambah pelakon filem Istanbul Aku Datang itu, dia juga menyeru orang ramai untuk terus lantang bersuara mengenai isu tersebut bagi menyebarkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

“Lantanglah bersuara tentang kurangnya kesedaran mengenai betapa salahnya hal ini. Anak-anak kita juga telah diajar bahawa perkara ini adalah salah.

“Allah, maafkan kami. Seperti yang dinyatakan seorang ustazah semalam, salah satu kebimbangan Rasulullah ialah mengenai keruntuhan moral dan akhlak.

“Kita telah gagal untuk melihat dan memberitahu kebenaran daripada kesilapan,” ujarnya lagi.

Semalam, tular sebuah video temu bual dalam program Rumah 107 yang memaparkan pelakon Fauzi Nawawi bersama dua tetamu undangan lain, Datuk Fizz Fairuz dan Zul Huzaimy berkongsi tentang watak jahat lakonan mereka.

Dalam video yang mengundang kecaman ramai tersebut, Fauzi berkongsi secara terperinci tentang babak rogol melibatkan Raja Farah dalam filem Anak Halal terbitan 2007.

Menyedari kesilapannya, Fauzi bagaimanapun telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagramnya sekitar pukul 1 pagi tadi.

Selain Fauzi, aktor yang juga pengacara program tersebut iaitu Khir Rahman turut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada individu yang terlibat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI