fbpx

PATI baru ‘mendarat’ dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI yang ditahan menerusi Op Benteng di Pasir Logok, Johor awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Seramai 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan menerusi Op Benteng di Pasir Logok, Johor di sini hari ini.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, kesemua PATI tersebut terdiri daripada 25 lelaki dan lima wanita berusia dalam lingkungan 19 hingga 53 tahun.

“Tangkapan pertama dilakukan pada pukul 1.40 pagi membabitkan 25 individu yang sedang menunggu bot untuk pulang ke negara asal.

“Sementara tangkapan seterusnya pada pukul 9 pagi dimana lima lagi PATI dipercayai baru tiba di negara ini melalui jalan yang tidak sah,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kesemua PATI ditahan telah dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen (JIM) Setia Tropika.

“Kita turut merampas beberapa barangan antaranya 40 buah telefon bimbit pelbagai jenama, barangan kemas dan wang tunai. Keseluruhan rampasan berjumlah RM41,367,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI