fbpx

Kes kematian lebih 28,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes kematian Covid-19 melepasi angka 28,000 dengan pertambahan 69 kes, menjadikan jumlah keseluruhan terkini sebanyak 28,062 kes.

Data pada laman web CovidNow yang dikemas kini pukul 11.59 malam tadi memaparkan, tiada kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat 11 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), menjadikan jumlah terkini kes BID sebanyak 5,666 kes,” menurut laman web tersebut di sini hari ini.

Kesemua kes dilaporkan di Sarawak (16), Perak (9), Selangor (9), Johor (8), Pulau Pinang (6), Kelantan (5), Melaka (4), Sabah (4), Pahang (3), Perlis (3), Negeri Sembilan (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Kedah, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 85,916 kes aktif terdiri daripada 66,065 kes kuarantin di rumah, 12,592 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 6,583 di hospital, 346 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 330 kes di ICU memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, daripada 5,745 kes yang dilaporkan semalam, Selangor (888 kes), Sarawak (749 kes), Sabah (695 kes), Johor (649 kes), Kelantan (597 kes), Pulau Pinang (393 kes), Kedah (352 kes), Perak (341 kes), Terengganu (281 kes), Kuala Lumpur (258 kes) dan Pahang (223 kes).

Negeri-negeri lain ialah Melaka (168 kes), Negeri Sembilan (114 kes), Putrajaya (29 kes), Perlis (lima kes) dan Labuan (dua kes). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI