fbpx

3 individu belum lengkap vaksin tak lepas balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Hasrat tiga individu yang masih belum lengkap dos vaksin untuk pulang ke kampung mereka di Kelantan gagal apabila masing-masing dikompaun RM2,000 sebelum diarah berpatah balik semasa tiba di dua sekatan jalan raya (SJR) di negeri ini semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, satu kompaun dikeluarkan oleh pihak polis di SJR Pasir Puteh manakala dua lagi di Machang.

Menurutnya, ketiga-tiga individu itu dikesan masih belum lengkap dos vaksin semasa polis menjalankan pemeriksaan rambang di kedua-dua SJR berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, tiga individu itu sudah mengambil vaksin Covid-19 bagi dos pertama dan sedang menunggu untuk suntikan dos kedua.

“Kompaun yang dikeluarkan terhadap dua individu di Machang mendapati mereka sudah melepasi SJR di Gua Musang dan Kuala Krai, namun akhirnya tertangkap di Machang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Shafien, polis tidak akan berkompromi dengan individu masih belum lengkap dos vaksin yang cuba rentas negeri dengan mengeluarkan kompaun serta-merta selain diarah berpatah balik ke destinasi asal.

Dalam perkembangan lain, ujarnya, aliran trafik di beberapa daerah di Kelantan masih terkawal hari ini meskipun perantau dilihat mula pulang ke negeri tempat mereka bekerja selepas bercuti. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI