fbpx

Jamu punca Almy Nadia kena batu karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALMY NADIA

KUALA LUMPUR – Pelakon Almy Nadia dimasukkan ke hospital tengah malam tadi kerana mengalami masalah batu karang dalam hempedunya akibat pengambilan jamu.

Perkara berkenaan diberitahu suaminya yang juga aktor Datuk Fizz Fairuz selepas Almy mengalami sakit perut selama seminggu.

GAMBAR Almy Nadia terbaring di atas katil sebuah hospital dikongsikan Fizz Fairuz menerusi Instagramnya.

 

“Dia sudah sakit perut sejak seminggu lepas tetapi kami ingatkan disebabkan gastrik. Sehinggalah semalam sakitnya bertambah teruk sebelum kemudian saya bawanya ke hospital.

“Ketika melakukan pemeriksaan, doktor bertanya, adakah dia mengambil jamu sebab tanda-tanda penyakit itu seperti disebabkan pengambilan bahan tersebut tetapi dia tidak beritahu.

“Saya yang baru pulang dari Sungai Besar, Selangor memberitahu doktor dia memang ada ambil jamu untuk tenaga kerana membuat kerja rumah dan menjaga anak-anak,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Fizz, Almy bagaimanapun sudah menjalani proses imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pagi tadi namun hasil keputusan masih belum dapat memastikan proses rawatan seterusnya.

“Mujurlah penyakit itu tidak serius, jadi tiada apa yang membimbangkan sangat. Cuma kami perlu tunggu saranan daripada doktor sebelum melakukan sebarang rawatan selanjutnya,” katanya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI