fbpx

Maria Vania 8 tahun tidak makan nasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARIA VANIA

PENAMPILAN aktres dan juga pengacara Maria Vania sebagai seorang selebriti sering menjadi perhatian peminat yang memuji kecantikan pelakon tersebut.

Ujar Maria, dia memang seorang wanita yang sangat mementingkan aspek penampilan lebih-lebih lagi pada bahagian tubuh agar kelihatan langsing dan kekal seksi.

Bahkan, selebriti kelahiran Bandung, Jawa Barat, Indonesia itu turut mengakui sudah menghabiskan wang yang banyak untuk melakukan rawatan kecantikan.

“Saya memang sangat menjaga soal kecantikan bukan sahaja pada wajah, bahkan pada tubuh badan. Selain melakukan aktiviti bersenam dan diet, saya juga ‘gila’ untuk melakukan rawatan kecantikan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI